#Cinta
yang didasarkan atas keimanan dan ketaqwaan manusia,
#Cinta
seorang hamba kepada Sang Maha Pencipta,
#Cinta
tanda syukur dan tiada kuasa selain kuasaNya,
#Cintakan
Allah adalah cinta yang tidak pernah luntur dan abadi.
#Cinta
selainnya adalah Cinta yang luntur dan berakhir.
Janganlah
mencintai akan sesuatu terlalu berlebihan sehingga mengurangi cintamu kepada
Allah.
Mencintailah
kamu kepadanya dengan makna Kecintaanmu kepada Allah Yang Maha Pencipta dapat
diartikan memandang segala sesuatu karena Allah SWT semata sehingga apabila
kamu mencintai seseorang,
Apakah
cinta sebenarnya?
Cinta
sebenarnya adalah fitrah manusia sebagai makhluk allah yang diciptakan untuk
bersujud, bersyukur dan mengagungkan asma Allah,
bahwa
tiada tuhan yang patut disembah melainkan Allah SWT, atas karunia dan
hidayahNya pulalah kita bisa hidup seperti sekarang ini, .
Kesenian
cinta yang didasari runtutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo
kedamaian, keamanan dan ketenangan.
Namun
cinta seringkali diperalatkan untuk melangsai keghairahan nafsu dan kebejatan
iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani
fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada
Allah.
Kedudukan
Cinta Di Dalam Islam?
Adakah
Islam memusuhi cinta? Adakah sebegini kejam sebuah agama yang disifatkan
menepati fitrah? Sebenarnya tidak. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta
yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap
manusia.
Namun,
cinta di dalam Islam keutamaannya yang kita rasakan tersendiri :
1.
Cinta kepada Allah
Islam
meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada
Allah. Sang maha pencipta alam raya ini
Memiliki
cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan
nilai dan ketulusan ihsan-Nya.
Namun
menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus
tepat kepada-Nya.
Cinta
Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak mungkin sesiapa dapat
memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan yang mahal.
Cinta
Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di dalam barisan
pejuang-pejuang kalimah Allah SWT. Firman Allah SWT (yang bermaksud) :
“..Wahai
orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya
(jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka
dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap
orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir…”
(Surah Al-Maidah, ayat 54)
2.
Cinta Kepada Rasulullah SAW
Rasulullah
SAW. Maka adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku
dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya’.
Kerana kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh
masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW. Dalam satu
hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :
Diriwayatkan
daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di
dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan
iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain
keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada
kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia
juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.
3.
Cinta Sesama Mukmin
Interaksi
kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan
konsep persaudaraan yang begitu indah.
Cinta
sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibu bapaknya.
Berani
sama orasng tua yang adalah merupakan
dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Bakrah r.a katanya:
“Ketika
kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan
kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan
Allah, mengherdik kedua ibu bapak dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu..”
(Hadis
riwayat Bukhari, no. 5519, Muslim : no. 126)
Alangkah
indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai kedua
orang tuanya yang telah melalui susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka.
Selain
daripada cinta kepada kedua orang tua, Islam juga meletakkan cinta sesama
mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang
layak bersama Rasulullah SAW.
Hayatilah
betapa dalamnya maksud firman Allah SWT :
“..Nabi
Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya
bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan
sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri
(umat Islam)…
(Surah
Al-Fath, ayat 29)
Itulah
cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas dasar
keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan
hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan
cinta’ sewenangnya-wenangnya
4.
Cinta pada lawan jenis
Tidak
ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan. Asal , maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan mainan nafsu yang
bagaikan lautan ganas yang begitu kuat bergelombang. Salah satu darinya ialah
mainan cinta.
Tidak
sedikit orang yang terjerumus dalam lembah kenistaan. Dalam berbicara persoalan
peringkat pembinaan ‘cinta hawa nafsu’, As-Syauqi pernah berkata :. Firman
Allah SWT yang bermaksud :
“..Katakanlah
(wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan
mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat
Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan…”
(Surah
An-Nuur, ayat 30)
Apakah
penyelesaian terhadap permasalahan ini? Jalan yang paling baik ialah
perkahwinan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
“..Wahai
golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu
zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya
perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka
sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat
mengawal iaitu benteng nafsu..”
(Bukhari
: no. 1772, Muslim : no. 2485)
Sesungguhnya
cinta sebelum perkahwinan adalah cinta palsu yang walaupun dihiasi dengan
rayuan-rayuan halus namun ia adalah panggilan-panggilan ke lembah kebinasaan
dan mendekati perbuatan dosa.
Cinta adalah sebuah emosi dari kasih sayang
yang kuat dan ketertarikan pribadi
Percayalah,
masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlalu dalam hidup. Ia
tidak akan berulang lagi untuk kali kedua kalinya
.
Semoga
kita semua menjadi orang yang di ridoi allah swt. Amin.
Cinta
dalam islam , sebagai mana kamu mencintai pasanganmu
No comments:
Post a Comment
Terima kasih telah berkunjung dan semoga bermanfaat. Jangan lupa tinggalkan pesan yang membangun.